Semua wakil dari setiap bahagian di KPM dah attend bengkel Pelaksanaan Aplikasi HRMIS pada 17 – 20 Julai 2007 di Hotel Quality, KL. So, aku adalah wakil org IT utk mendengar taklimat dr team HRMIS JPA dan dilantik sebagai Admin Security Level 2 utk opis aku. Actually aku dh 2 kali pegi taklimat HRMIS ni. 1st time dekat Trengganu bulan 2 aritu. Tapi walaupun dh byk kali tgk aplikasi ni aku still cam blank2 lagi. Ikut daripada feedback org2 admin di setiap Bahagian, mereka lebih suka dengan aplikasi sispen jika dibandingkan dengan HRMIS ni. Sispen lebih straight forward dan user friendly. Maybe JPA have to do something to make this application lebih mudah digunapakai dan diterima oleh user2nya. Kan?
Aplikasi HRMIS
2 Oktober 2007 oleh tulip1007
Dikirim dalam HRMIS | 16 Komen
16 Respons
Tinggalkan komen Batal balasan
Maklumat Penting
Kategori
Komen Terkini
Omar bagi Aplikasi HRMIS kassim bagi Aplikasi HRMIS moonelly bagi sekolah seni malaysia dan stud… SANTHIRAN ARUMUGAM bagi HLP 2009 noorziana bagi bayaran gaji bulan september d… Gilip bagi bahagian sukan, seni dan … mayjun bagi sekolah seni malaysia dan stud… ANGAH bagi sekolah seni malaysia dan stud… shabirah bagi HLP 2010 noorziana bagi HLP 2010 -
Entri Terkini
- Scholarships For The CIFP Programme January 2010 Intake
- jobsmalaysia
- HLP 2010
- mobile phone manufacturer
- bayaran gaji bulan september dan bayaran bonus pertama 2008
- Pembangun aplikasi boleh jadi jutawan
- HLP 2009
- bahagian sukan, seni dan ko-kurikulum
- joomla vulnerability
- Fiber-ke-rumah melanda negara
- web liga bolasepak kpm
- Uji password anda!
- knowledge repository
- ELAUN NAIK LAGI?
- perolehan harta modal
Arkib
- Ogos 2009 (2)
- Mac 2009 (1)
- November 2008 (1)
- September 2008 (4)
- Ogos 2008 (1)
- Julai 2008 (4)
- Jun 2008 (3)
- Mei 2008 (2)
- Mac 2008 (4)
- Februari 2008 (8)
- Januari 2008 (3)
- Disember 2007 (7)
- November 2007 (8)
- Oktober 2007 (22)
- September 2007 (3)
Technology Updates
- Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
berita harian
- Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
anis-matrikulasi-
walaupun bil. kakitangan BMKPM seramai 100 orang, HRMIS belum diupdate. macam mana BSM nak kuar report penggunaan???? huargg..
sape-sape lagi yang belum update HRMIS. bagi tau ? saper dah start. bagi tau jugak laaa.. share infor.
once dah jadi arahan kena patuh guna .. kan.
setau aku yg dorg ni guna HRMIS cakap, HRMIS tu slow giler tahap gaban..
kerani yg nak update HRMIS tu pun dah komplen tadik..
ayat lak kater sampai pc dier hang kalu access HRMIS
dia akan hang kalau pakai firefox.. aku pakai IE boleh masuk tapi agak slow la.. give up la kengkadang..
aku harap achik leh bg sikit pjelasan tentg masalh hrmis ni…
Erk..bila disebut-sebut JPA ni yg tak best ni. Dah la sengsorang kat sini.. huhuhuhu… Takper la… Aku wakilkan JPA utk bg feedback apa yg aku tahu kat korang sumer pasal Sistem HRMIS ni. Mmg diakui dan disedari oleh BPTM JPA yg Sistem HRMIS ni tak user friendly macam Sispen dulu tu.Yg tu senang je kita nak guna kan? Tapi, dari segi fungsinya, Sispen tu very limited. Actually, HRMIS ni ada semua fungsi kat situ, termasuklah kita nyer LNPT yg tahunan kita kena isi tu, pengisytiharan harta dll. Dan sekarang ni, dlm proses utk menggunakan fungsi LNPT tu pulak. Other functions, contohnya, External Lingkage antara Sistem HRMIS tu dgn agensi-agensi luar, seperti Bhgn Pencen. Nanti, by the time korang sumer nak pencen nanti, korang dah tak perlu nak isi form pencen tu, kami di Bhgan Pencen akan terima maklumat you all semua dari Sistem HRMIS tu. That’s why, kita kena guna HRMIS tu dan pastikan maklumat kita semua ni updated. Mmgla, kalau sekali sekala masuk dalam Sistem HRMIS tu, leh sesat barat gak dibuatnyer. Bila dah selalu masuk, tak la sesat lagi. Kena selalu guna la. Pasal slow tahap gaban tu, dipahamkan, ada sedikit teknikal problem pada server. Yg tu, kita semua kena faham la, kita kan di bidang yg sama dengan org-org di BTMK JPA tu. Kita, as an IT people, kena la support each other. Kalau tanya non-IT people, mmg diorg akan kutuk habis-habisan Sistem HRMIS tu. So, kalau kita pun kutuk, cam sama jer la kita ngan diorg. What can we do, sesapa yg dilantik sebagai admin@wakil utk Sistem HRMIS di setiap bhgn, have to take some action. Make a form, buatla cam-cam mana pun format form tu, then bg pada users Sistem HRMIS. Apa-apa masalah yg diorg hadapi semasa menggunakan sistem tu, minta diorg tulis dalam form tu dan hantar kpd sesapa yg jadi wakil HRMIS di setiap bhgn. Of course sesapa yg dilantik sbg admin @ wakil HRMIS tu ada contact ngan org HRMIS kan? So, bgla borang-borang tu pada diorg. Then, HRMIS people leh tau la apa masalah yg dihadapi oleh pengguna. Mmg some of the problems diorg dah alert, tapi bg jer. Maybe ada problem lain yg diorg tak tahu. That’s the way how we can help each other to improve the system. Mmg susah utk buat perubahan, terutama sekali dalam bidang IT ni. Kita bukan deal sesama IT people jer. End users kita adalah non-IT people. So, there’s a challenge to us utk educate them tentang apa-apa penambahbaikan@pembaharuan yg kita telah buat utk diorg. Dan selalunya, first time diorg terima sistem yg kita bgnkan utk diorg, apa yg kita akan dengar adalah “menyusahkan”. Sbbnya, diorg tak nak terima perubahan yg mana menyebabkan diorg kena belajar utk menggunakannya. Same goes to this HRMIS systems. Sbb dulu diorg semua dah biasa guna Sispen, pejam mata pun diorg boleh guna, sekali kita introduce kan satu sistem baru, akan bykla rungutan yg kita terima. And, as a new system, in the phase of implementation, byk problem yg kita akan face. Macam time kita belajar dulu-dulu la…masa kita dok testing tu, ok jer sistem yg kita buat tu. Bila time presentation, error yg tak pernah kita tgk lak yg keluar. Tapi, tu la, selagi sistem tu tak di implement, kita tak akan dapat utk improve sistem tu. So, sekarang ni, nak tak nak, JPA terpaksa memaksa korang sumer utk guna Sistem HRMIS tu. So, kita jgnla lepaskan semua tu pada diorg jer. Imagine, they have to covers satu Malaysia. Satu Malaysia akan guna sistem tu nanti. Aku yg dok jaga satu modul sistem tu pun aku rasa cam seksa sgt..Modul aku tu utk semua kakitangan awam yg bersara jer. Ni diorg covers semua sekali. Termasukla rekod perkhidmatan kita semua. So, sama-sama la kita membantu diorg. Bagi yg dilantik menjadi Admin@wakil HRMIS di setiap bhgn tu, tahniah!! Anda adalah org-org yg dipercayai dapat membantu JPA dalam mengimplementasikan Sistem HRMIS di bhgn korang. Besar tanggungjawab tu.. bukan setakat reset username dan password jer tau… hehehehe…..
ahh.. benar, kata tuan dari JPA ni. suku dari pendapat tuan boleh diterima. walaubagaimana pun, saya boleh katakan HRMIS adalah projek gagal.
pertama : HRMIS berharga berbillion (bermula dari start projek hingga sampai sekarang – termasuklah kos senggara).
kedua : dibangunkan oleh konsultan luar. sepatutnya dengan keupaayaan konsultan luar ditambah dengan keupaayan orang dalam it di JPA, dapat menghasilkan perisian dan sistem yang umpphh !!!.
kalau dihasilkan 100% dari orang dalam JPA sendiri seperti sispen, aku rasa tak ramai yang komplen.
ketiga : HRMIS datang terus dengan skop yang terlalu besar berbanding sispen. sispen datang dari skop yang kecil kemudian berkembang mengikut keperluan. sampaikan nak cover semua kementerian.
kenapa HRMIS ni diteruskan ? aku boleh buat 1 kesimpulan. sebab projek kerajaaan (goverment flagship project) a.k.a projek menteri. berani nak berentikan projek ni ? jadi situasi sekarang, memperbaiki sistem yang gagal.
aahh.. maaf aku terbanyak cakap.
Assamualaikum tuanx dan puanx. kami kat TDM yang tak tersenarai dalam pengguna HRMIS telah gunakan sepenuhnya tau. user kami macam jpa satu malaysia boleh akses kat rural area tu macam kat sebelah rumah aje. klu nak pengalaman kami mai laa lawat kat tempat kami di mindef…. server kami cuma 2 aje. Yang jaga hanya seorang je tapi boleh kontrol satu malaysia…
saya PT HRMIS dari pejabat kesihatan bahagian miri.saya mau tanya..
kenapa sekarang kalau kita mau buka unit organisasi lain tidak dapat buka?
dulu sebelum ini dapat pula kita buka unit @ jabatan lain.
u all dah mula kah mengisi bahagian PENGISTIHARAN HARTA?
saya kat sini tgu bahagian tu ja lg.semua data peribadi,profil perkhidmatan dan selenggara jawatan sudah di kemaskini..
mcm mana dgn u all.?
apa itu LNPT dalam HRMIS?
tak faham la..
blh tlg jelaskan?
t.q
Assalamualaikum semua..
Sy dr PBT Kelantan dh byk mengikuti kursus & taklimat HRMIS & masih lg dlm taklimat. Masalahnya yg selalu dihadapi oleh area cni line HRMIS selalu buat hal. mcmane la ktorg nk fhm klu line asyik putus2 jer.. tu tension sgt. Sy rasa penggunaan SISPEN lbh senang dr HRMIS. Dh 4 hr sy dtg taklimat, pastu blk jer tanpa dpt apa2 ilmu ttg HRMIS ni. Hrp JPA pantau masalah ni.
Assalamualaikum..
Mcm2 komen yg saya dh bace.. ade yg bgtau HRMIS ni projek yg “gagal”??
Pendapat saya, HRMIS ni x gagal.. HRMIS ni memerlukan penglibatan semua CO.. Means bukan projek HRMIS yang gagal, sebaliknya CO sendiri yang gagal..
Saya dari JTM, ingin berkongsi maklumat mengenai pelaksanaan HRMIS di tempat anda.
Hari nie..aku datang taklimat utk HRMIS di Kem.Sumber Manusia Putrajaya ..baru jer nak kenal dengan sistem nie…so far bagi aku mmg elok dah sistem nie…nak kater sebab problem line xde masalah..since aku pun guna di putrajaya..pasal line speed kat sini pun aku test dengan speedtest.net local malaysia server 12Mps…so kalo yg access system HRMIS nie dengan access speedline yg lembab aku tak pasti…kalo secara teorinya kalo access dari line yg lembab low than 56Kbps mesti la lembab….aper-aper pun dari aper yang telah aku lalui (guna) HRMIS memang ok dan ‘thumb up’ yg aku boleh komen. syabas pada development team walaupun dari masa ke masa memang ader la patch yg perlu di perbaiki.
memang menyusahkan oang je hrmis ni.patut bkn keje aku x pasal2 aku yang kena wat huhuhu
Ingin tanya kau orang 2 soalan:
1. HRMIS ni membantu tingkatkan produktiviti kakitangan awam atau menyusahkan aje
2. HRMIS dengn cara manual (kertas) mana lebih cepat
HRMIS ni boleh improve jika 2 elemen ini dititikberatkan.. Pertama.. perisian.. Kedua talian internet..
Kalo boleh perisian HRMIS ni kena selalu patch atau update bg mengatasi mana2 kelemahan yang ada dlm perisian…Sedangkan windows 7 pun ada kelemahan dan selalu dikemaskini oleh Microsoft. Inikan pula aplikasi HRMIS.
Kedua, kalo boleh mintak JPA dan semua jabatan/ kementerian yg menggunakan aplikasi HRMIS ini menggunakan talian kabel optik fiber atau UNIFI dari Telekom dengan kelajuan 28MB/s Ini penting bagi mengatasi kelembapan talian agar data dapat diinput dgn pantas dan efisyen.