Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for September 2008

Good news,

semua kakitangan awam akan menerima gaji bulan september dan bayaran bonus pertama 2008 pada 23 hb september 2008, bukan lagi 25 september 2008.

alhamdulillah.. ader la masa kiter semua nak membuat persiapan raya sebelum pulang ke kampung.

Advertisements

Read Full Post »

PELUANG pembangun mudah alih bergelar jutawan melalui bisnes penyediaan aplikasi mampu diraih jika mereka menonjolkan bakat dalam pertandingan inovatif anjuran Celcom (Malaysia) Bhd dengan kerjasama Microsoft (Malaysia) Sdn Bhd dan Cradle Fund Sdn Bhd.

Ketua Eksekutif Celcom, Datuk Seri Shazalli Ramly, berkata pertandingan Liga Cabaran Pembangun Luar Biasa 2008 dilancarkan bagi mengiktiraf pembangun mudah alih, seterusnya memberi mereka peluang perniagaan berpotensi besar.

“Kita dapat lihat pelbagai aplikasi mampu dimanfaatkan dalam setiap hubungan bermula dari pagi hingga malam dan di sinilah potensi pendapatan melebihi RM50 juta setahun mampu difikirkan pembangun,” katanya.

Menurut Shazally, sebanyak 24 pemenang yang akan dipilih sepanjang pertandingan itu, berpeluang memperoleh perkongsian kontrak pendapatan dengan syarikat telekomunikasi itu bagi mengkomersialkan aplikasi dan perkhidmatan dibangunkan.

“Pemenang yang dipilih sepanjang tempoh pertandingan berpeluang memperoleh pakej menarik perkongsian kontrak pada nisbah 40:60 hingga maksimum 80:20,” katanya.

Pertandingan itu menyediakan ruang kepada pembangun mudah alih mengembangkan penyelesaian mudah alih yang bakal dibangunkan mereka ke pasaran lebih luas.

Hadir sama dalam pelancaran itu termasuk Pengarah Urusan Microsoft Malaysia, Yasmin Mahmood dan Ketua Eksekutif Cradle Fund, Nazrin Hassan.

Dalam pada itu, Nazrin memaklumkan Cradle Fund membantu pemenang dengan menyalurkan dana maksimum RM150,000 untuk setiap pemenang bagi memperluaskan konsep prototaip yang dibangunkan.

Kini terdapat lebih 50,000 pembangun di Malaysia yang berpeluang memasuki pertandingan ini dengan mendaftar sebelum 15 September 2008 di laman web www.celcom.com.my.

Read Full Post »

HLP 2009

untuk pengetahuan kawan2 semua, sesapa yang ada apply HLP Tahun 2009, dah boleh start check result hari ni 11 September 2008. kepada yang berjaya, Tahniah! Yang gagal, jangan putus asa. Usaha lagi. chaiyok!!!

http://esilav2.jpa.gov.my/

Read Full Post »

aku nak baitau sumer kawan2 dan pembaca bahawa disebabkan penstrukturan semula KPM, jabatan pendidikan jasmani dan sukan kini dikenali sebagai Bahagian Sukan, Seni dan Ko-Kurikulum. Ini bermakna, kami bukan hanya mengendalikan pembangunan, pengurusan dan sekolah sukan tapi juga pembangunan, pegurusan dan sekolah seni serta pembangunan dan pengurusan ko-kurikulum sekolah. Unit Ko-Kurikulum dari Bahagian Sekolah telah pun berpindah ke bahagian ini.

Mulai semalam, kami juga menerima Pengarah yang baru. Pengarah yang lama iaitu En Abdul Ghafar telah naik pangkat dan berpindah sebagai Pengarah di Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti. Tahniah En Ghafar! Selamat Datang kepada Pengarah baru kami.

Read Full Post »