Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for the ‘sekolah seni’ Category

Tawaran sebutharga adalah dibuka kepada kontraktor bumiputra yang berminat dan telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan untuk membekalkan 24 unit PC Multimedia ke Sekolah Seni Malaysia di Johor Bharu dan Kuching. Dokumen sebutharga boleh diambil di Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sukan, Aras 1, Blok E13, Parcel E, Putrajaya. Tarikh tutup permohonan adalah 10 Oktober 2007.

Sekian dimaklumkan .

Advertisements

Read Full Post »

sekolah seni merupakan sekolah projek khas yang menawarkan 4 bidang seni kepada pelajar2 bermula dari ting 1 hingga ting 5. Empat bidang seni yang ditawarkan adalah seni tari, seni teater, seni muzik dan seni visual.

sekolah seni ni dah bermula since jan 2007 lagi. pengambilan group pertama adalah dari lepasan UPSR untuk ke tingkatan 1 di sekolah seni. Pada pendapat aku, sekolah seni ni beroperasi secara tergesa2.. mana taknya, bangunan sekolah pun tak ader lagi.. apatah lagi peralatan yang diperlukan dalam p&p tapi pelajar dah masuk dan belajar. Kesian kat para pelajar la sbb blaja dlm keadaan serba kekurangan. Buat masa ni, sekolah seni terpaksa menumpang di sekolah men keb mohd khalid, johor baharu dan sekolah men tun abang hj openg di kuching, sarawak. Semua kemudahan termasuklah asrama, dewan, kelas dan perpustakaan menggunapakai kemudahan yang ada di sekolah yang ditumpangi itu walaupun keperluan mereka khusus dan unik. Bagi guru pula, pada awalnya hanya 4 orang guru sahaja yang ada, seorang guru bagi setiap bidang seni. Bagi guru mata pelajaran yang lain, mereka menggunapakai guru yang sedia ada di sekolah tersebut termasuk lah pengetuanya sekali.

Pengurusan sekolah seni telah diletakkan di bawah bidang kuasa Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sukan. Aneh kan.. sebuah jabatan yang begitu mahir dan berpengalaman melaksanakan projek pembangunan sukan dan menguruskan kejohanan2 sukan tiba2 dipertanggungjawabkan untuk mentadbir sekolah seni pula. Dari kegiatan fizikal ke kegiatan yang penuh kesenian dan kelembutan.

Bagi tahun 2007, tiada peruntukan khas untuk sekolah seni. Jabatan terpaksa menggunakan peruntukan Jabatan sedia ada. Sedikit sebanyak, ia menjejaskan peruntukan untuk Jabatan dan Sekolah Sukan Malaysia.

Alhamdulillah setelah sejak awal tahun unit kami fight budget dan fight kelulusan perolehan peralatan ICT untuk sekolah seni ni, hari ni segalanya telah pun berjalan lancar. L.O untuk perolehan komputer, printer laserjet, scanner, notebook, switch dan beberapaperisian khusus yang diperlukan telah pun dikeluarkan mengikut kontrak bermasa KPM. Dan berita baik aku terima hari ni adalah, permohonan unit kami untuk membuat perolehan komputer multimedia di luar kontrak bagi studio multimedia sekolah seni berjaya telah mendapat kelulusan dari bhg pembangunan dan perolehan.. akhirnya.. setelah menunggu hampir 2 bulan.. Terima kasih kepada pegawai di BPP terutama Puan Zatul dan Nurul. Bukan kami cerewet aper, tapi spesifikasi komputer yang ada dlm kontrak bermasa tidak memenuhi keperluan multimedia sekolah seni. Mereka perlu menghasilkan nota muzik secara digital, mereka perlu membuat design grafik komputer dan mereka perlu membuat video editing. Ini semua memerlukan komputer yang mempunyai spesifikasi yang tinggi, lengkap dgn monitor lcd 19″, graphic card bermemori tinggi, port IEEE1394, multimedia card reader, stereo headphone dan speaker dgn subwoofer. Namun begitu, oleh kerana menggunapakai peruntukan jabatan sedia ada, kami tidak punya banyak budget untuk membeli pc ini secukupnya. Buat tahun ni, Jabatan hanya mampu membekalkan 8 unit pc multimedia sahaja di studio ini. Namun begitu, kami ader membekalkan notebook dan pencetak laser bagi setiap bengkel seni khusus, juga untuk kegunaan p&p mereka.

Semoga hajat pelajar-pelajar sekolah seni untuk menikmati suasana p&p yang jauh lebih baik dari sekarang akan terlaksana. Harap2 tahun depan, Sekolah Seni mendapat peruntukan one off 35000 sendiri. Then, barulah mereka boleh mohon untuk beli peralatan ICT lagi.. untuk mencukupkan jumlah pc yang diperlukan di studio multimedia ini.

Read Full Post »