Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for the ‘Technology Updates’ Category

PELUANG pembangun mudah alih bergelar jutawan melalui bisnes penyediaan aplikasi mampu diraih jika mereka menonjolkan bakat dalam pertandingan inovatif anjuran Celcom (Malaysia) Bhd dengan kerjasama Microsoft (Malaysia) Sdn Bhd dan Cradle Fund Sdn Bhd.

Ketua Eksekutif Celcom, Datuk Seri Shazalli Ramly, berkata pertandingan Liga Cabaran Pembangun Luar Biasa 2008 dilancarkan bagi mengiktiraf pembangun mudah alih, seterusnya memberi mereka peluang perniagaan berpotensi besar.

“Kita dapat lihat pelbagai aplikasi mampu dimanfaatkan dalam setiap hubungan bermula dari pagi hingga malam dan di sinilah potensi pendapatan melebihi RM50 juta setahun mampu difikirkan pembangun,” katanya.

Menurut Shazally, sebanyak 24 pemenang yang akan dipilih sepanjang pertandingan itu, berpeluang memperoleh perkongsian kontrak pendapatan dengan syarikat telekomunikasi itu bagi mengkomersialkan aplikasi dan perkhidmatan dibangunkan.

“Pemenang yang dipilih sepanjang tempoh pertandingan berpeluang memperoleh pakej menarik perkongsian kontrak pada nisbah 40:60 hingga maksimum 80:20,” katanya.

Pertandingan itu menyediakan ruang kepada pembangun mudah alih mengembangkan penyelesaian mudah alih yang bakal dibangunkan mereka ke pasaran lebih luas.

Hadir sama dalam pelancaran itu termasuk Pengarah Urusan Microsoft Malaysia, Yasmin Mahmood dan Ketua Eksekutif Cradle Fund, Nazrin Hassan.

Dalam pada itu, Nazrin memaklumkan Cradle Fund membantu pemenang dengan menyalurkan dana maksimum RM150,000 untuk setiap pemenang bagi memperluaskan konsep prototaip yang dibangunkan.

Kini terdapat lebih 50,000 pembangun di Malaysia yang berpeluang memasuki pertandingan ini dengan mendaftar sebelum 15 September 2008 di laman web www.celcom.com.my.

Read Full Post »

Salam,
Ada tak sape2 yang dapat email nie? Jemputan kursus dari Intan untuk F41

Kursus Functional PTM Gred F41 Track II : Teknikal (Database Technologies
& Design)

Ada sapa2 yang pegi tak?
boleh contact bieeyah 0192672603, kot boleh pegi sama

Y. Brs. Dr. / Tuan / Puan,

Salam sejahtera,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara diatas.

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Perkhidmatan JPA dan Program Latihan
ICT INTAN akan menganjurkan kursus seperti yang dinyatakan dibawah:

Kursus Functional PTM Gred F41 Track II : Teknikal (Database Technologies
& Design)
Tarikh : 15 hingga 20 Mac 2008 (6 hari)
Tempat : INTAN Kampus Wilayah Timur (INTIM)
Bukit Geliga Cukai, Peti Surat 65
24007 Kemaman, Terengganu

Program ini bertujuan untuk memperlengkapkan Pegawai Teknologi Maklumat
dengan kompetensi functional yang diperlukan dalam perkhidmatan
sepertimana yang digariskan di dalam Pelan Latihan (Training Road Map).

Kursus ini merupakan kursus sepenuh masa di mana penginapan (secara
twin-sharing) dan makanan akan disediakan oleh pihak penganjur. Peserta
dikehendaki melapor diri di Pejabat Domestik INTIM pada 15 Mac 2008 mulai
pukul 2.00 hingga 6.00 petang.

Sehubungan itu, semua Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 yang berminat
bolehlah menghubungi kami (seperti di bawah)untuk memaklumkan kehadiran
segera.

En. Mohd Azmi (INTAN) 03 – 20847707 azmi@intanbk.intan.my
Cik Rekha Louis (INTAN) 012-3224623 rekha@intanbk.intan.my
Pn. Asmah (JPA) 03-88854347 / 4278

Kepada pegawai yang berminat, perlulah mendapat persetujuan dan pelepasan
Ketua Jabatan masing-masing. Surat rasmi akan dikeluarkan oleh Bahagian
Perkhidmatan JPA.

Sebagai rujukan, disertakan tentatif program kursus tersebut. (Lihat
attachment)

Jika ada sahabat/kawan PTM F41 yang berminat untuk hadir boleh maklumkan
dan amat dialu-alukan.

p/s : Maaf kerana emel ini terlalu lewat dihebahkan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Rekha Maryanne Louis
Unit Latihan Pengguna & Kerjaya
Program Latihan ICT
INTAN Bukit Kiara
Jalan Bukit Kiara
50480 Kuala Lumpur

(hp) 012-3224623
(f) 03-20847700

Read Full Post »

kawan2,

bg sesaper yg pakai pc lama macam saya ni, korg akan hadapi masalah utk buka fail word 2007 kan. ini sebab fail tu .docx bukan .doc spt biasa. kiranya mmg takleh bukak la fail .docx tu kat office version lama kiter.

so, kalau nak bukak, kawan2 sumer kena download converter dulu dr website microsoft ni. lepas download, korang setup kat pc korang. then, baru la boleh buka fail .docx tu.. kalau takleh gak, restart pc korg dulu ye..

Read Full Post »

semalam saya menerima emal dari pusat teknologi pengurusan INTAN (IMATEC). Ia menjemput pegawai dan kakitangan semua kementerian/ Jabatan / agensi kerajaan untuk menghadiri Seminar technology update yg bertajuk Optical Document Security (ODS) – Preventive and Prevention of Fraud and Forgery. Butiran seminar adalah seperti berikut:

Tarikh : 24 jan 2008 (khamis)

Masa    : 8.00 pg – 1.00 ptg

Tempat :  Dewan Banquet 3, IMATEC, Intan Bukit Kiara

Kalau kawan2 sumer berminat, kena isi borang pengesahan kehadiran yg ader dlm brochure  yg saya attach ni dan hantar ke imatec selewat2nya 17 jan 2008.

brochure seminar ODS

Read Full Post »

Ni nak kongsi mengenai OpenOffice (OO). Mungkin kita boleh mula install OO dalam platform Windows di komputer kita dan rakan-rakan yang lain. Nak gunanya pun tak lah susah sangat. Interfacenya hampir sebijik macam MSOfice.

So kalau beli notebook tu rajin-rajinlah guna OO ni. Jadi tak yahlah nak risaukan sangat pasal BSA sebab pasang software Loyat. Kalau tak silap dendanya RM20,000 (kurang sikit boleh dapat beli SAGA baru!!!).

Semalam ada meeting tentang OO ni di BTMK. Cuba hubungi Faisal Abdillah (desk officernyer) untuk keterangan lanjut. Kita kena peka kerana perancangan kena bermula dari sekarang.

Mungkin

Read Full Post »

Kita sudah biasa dengar perkara ini, banyak video converter atau audio converter yang boleh dibuat dari bentuk analog kepada digital (sudah tentu ke dalam PC). Yang membezakan benda ini (Plusdeck) adalah ia adalah peranti sebagaimana CD Drive tetapi kalai ini ia dalam bentuk Tape Drive. Tape recorder yang kita guna kan seperti wantu zaman dolu-dolu dijadikan drive di PC mengikut sambungan USB.

Mungkin kalian rasa apa pentingnya benda ini. Saya pun tak pasti tapi, ada tape-tape yang boleh digunakan untuk di’convert’ menjadi digital atau dari digital mahu dijadikan kepada analog.

Pauatnnya di sini: Plusdeck 

Read Full Post »