Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for the ‘mesyuarat JPICT’ Category

Perolehan ICT

Semua agensi di bawah KPM dikehendaki mengemukakan cadangan projek ICT kepada Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) yang diurus setiakan di Bahagian teknologi Maklumat & Komunikasi (BTMK) bagi mendapatkan kelulusan teknikal sebelum dilaksanakan.

Bidang Rujukan JPICT:

i. Menetapkan arah tuju dan strategi untuk pelaksanaan ICT Kementerian;

ii. Merancang dan menyelaras pelaksanaan program/ projek-projek ICT Kementerian dan agensi-agensi di bawahnya supaya selaras dengan Pelan Strategik ICT Kementerian;

iii. Menyelaras dan menyeragamkan pelaksanaan ICT antara Kementerian dan agensi-agensi di bawahnya dengan Pelan Strategik ICT Sektor Awam;

iv. Mempromosi dan menggalakkan perkongsian pintar projek ICT antara Kementerian dan semua agensi di bawahnya;

v. Merancang dan menentukan langkah-langkah keselamatan ICT;

vi. Mengikuti dan memantau perkembangan program ICT Kementerian dan agensi-agensi di bawahnya, serta memahami keperluan, masalah dan isu-isu yang dihadapi dalam pelaksanaan ICT;

vii. Meluluskan semua perolehan ICT Kementerian dan agensi-agensi di bawahnya;

viii. Menyelaras dan mengemukakan kertas cadangan perolehan ICT bagi Kementerian dan agensi-agensi di bawahnya kepada Urus Setia JTICT untuk kelulusan teknikal;

ix. Mengemukakan laporan projek ICT yang diluluskan di peringkat JPICT Kementerian dan dibuat perolehan kepada Urus Setia JTICT; dan

x. Mengemukakan laporan kemajuan projek ICT bagi Kementerian dan agensi-agensi di bawahnya yang telah diluluskan oleh JTICT kepada Urus Setia JTICT.

Perolehan yang melebihi amaun RM 200,000.00 dan telah diluluskan oleh JPICT KPM perlulah mendapatkan kelulusan Jawatankuasa ICT (JPICT) MAMPU.

Agensi hendaklah menghantar Status Pelaksanaan Projek ICT (Post Implementation Report – PIR) setiap enam (6) bulan sehingga projek siap bagi semua ICT yang diluluskan oleh JPICT.

 

Cadangan Tarikh Mesyuarat JPICT Bagi Tahun 2008

1* Bil. 1/2008 – 5 Jan 2008 (Sel)
2* Bil 2/2008 – 1 Mac 2008 (Sel)
3* Bil. 3/2008 – 3 Mei 2008 (Sel)
4* Bil. 4/2008 – 5 Jul 2008 (Sel)
5* Bil. 5/2008 – 6 Sep 2008 (Sel)
6* Bil. 6/2008 – 1 Nov 2008 (Sel)

 Catatan :

* Tertakluk kepada perubahan.

Semua kertas permohonan hendaklah sampai kepada urus setia JPICT sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum Mesyuarat JPICT untuk pertimbangan.

Pekeliling / Garis Panduan :

• Surat Pekeliling ICT Bil. 1 Tahun 2007

• Pekeliling Am Bil. 2 Tahun 2006

Terkini

Permohonan agensi di bawah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) perlulah dirujuk dan mendapat kelulusan teknikal daripada JPICT JPN yang diurus setiakan di Unit ICT, JPN. JPICT JPN dibenarkan untuk menimbang dan meluluskan perolehan ICT yang tidak melebihi RM 50,000.00. Bagi amaun yang lebih besar, JPICT JPN perlulah menyelaras dan memperaku permohonan sebelum di panjangkan ke JPICT KPM untuk kelulusan. Arahan ini berkuatkuasa 1 Januari 2008.

Maklumat Lanjut :

Pengarah

Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi,

Aras 3 Dan 4, Blok E11, Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya,

62604 Putrajaya

Tel : 603-8884 3513 / 3577 / 3679

Faks : 603-8884 3576

Email : urusetia_JPICT@btmk.moe.gov.my

 

Advertisements

Read Full Post »