Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Mac 2008

salam

ada kawan-kawan yang tahu mana nak dapatkan Borang Pertukaran Perkhidmatan ke Kementerian lain?

kalau ada boleh maklumkan pada saya ye…
TQ

Advertisements

Read Full Post »

Keputusan PTK TK1 F41

salam,

Keputusan PTK dah keluar dah….

nampaknyer kene repeat balik
rasanyer masa jawab soalan khusus tu sampai tak cukup kertas
mushkil jugak kriteria jawapan macamana yang penyemak hendakkan…
rasa macam dah betul dah jawapan….
hmmmm….

dah tak da rezeki nak naik pangkat lagi…
nampaknye kene ambik sekali lagi bulan 5 nanti….
hopefully lepas la bila ambik kali ke-3 nie…

Read Full Post »

Salam,
Ada tak sape2 yang dapat email nie? Jemputan kursus dari Intan untuk F41

Kursus Functional PTM Gred F41 Track II : Teknikal (Database Technologies
& Design)

Ada sapa2 yang pegi tak?
boleh contact bieeyah 0192672603, kot boleh pegi sama

Y. Brs. Dr. / Tuan / Puan,

Salam sejahtera,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara diatas.

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Perkhidmatan JPA dan Program Latihan
ICT INTAN akan menganjurkan kursus seperti yang dinyatakan dibawah:

Kursus Functional PTM Gred F41 Track II : Teknikal (Database Technologies
& Design)
Tarikh : 15 hingga 20 Mac 2008 (6 hari)
Tempat : INTAN Kampus Wilayah Timur (INTIM)
Bukit Geliga Cukai, Peti Surat 65
24007 Kemaman, Terengganu

Program ini bertujuan untuk memperlengkapkan Pegawai Teknologi Maklumat
dengan kompetensi functional yang diperlukan dalam perkhidmatan
sepertimana yang digariskan di dalam Pelan Latihan (Training Road Map).

Kursus ini merupakan kursus sepenuh masa di mana penginapan (secara
twin-sharing) dan makanan akan disediakan oleh pihak penganjur. Peserta
dikehendaki melapor diri di Pejabat Domestik INTIM pada 15 Mac 2008 mulai
pukul 2.00 hingga 6.00 petang.

Sehubungan itu, semua Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 yang berminat
bolehlah menghubungi kami (seperti di bawah)untuk memaklumkan kehadiran
segera.

En. Mohd Azmi (INTAN) 03 – 20847707 azmi@intanbk.intan.my
Cik Rekha Louis (INTAN) 012-3224623 rekha@intanbk.intan.my
Pn. Asmah (JPA) 03-88854347 / 4278

Kepada pegawai yang berminat, perlulah mendapat persetujuan dan pelepasan
Ketua Jabatan masing-masing. Surat rasmi akan dikeluarkan oleh Bahagian
Perkhidmatan JPA.

Sebagai rujukan, disertakan tentatif program kursus tersebut. (Lihat
attachment)

Jika ada sahabat/kawan PTM F41 yang berminat untuk hadir boleh maklumkan
dan amat dialu-alukan.

p/s : Maaf kerana emel ini terlalu lewat dihebahkan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Rekha Maryanne Louis
Unit Latihan Pengguna & Kerjaya
Program Latihan ICT
INTAN Bukit Kiara
Jalan Bukit Kiara
50480 Kuala Lumpur

(hp) 012-3224623
(f) 03-20847700

Read Full Post »

 PERSIDANGAN DAN PAMERAN ICT SEMPENA PERSIDANGAN MAJLIS MENTERI-MENTERI PELAJARAN ASIA TENGGARA (SEAMEC) KE 43 DAN MESYUARAT MENTERI-MENTERI PELAJARAN ASEAN (ASED) KE 3

http://www.moe.gov.my/43seameocc/index.html

 43rds SEAMEO Council Conference,
Date : 12-14 March 2008
Venue : Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, Malaysia

3rd ASED Meeting
Date : 15 March 2008
Venue : Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, Malaysia

ICT Conference & Exhibition
Date : 10-12 March 2008
Venue : Kuala Lumpur Convention Centre, Malaysia

School Visits
Date : 13 March 2008
Time : 8.00 am – 11:00 am
Venue :
     * Seri Bintang Utara Primary School
     * Seri Bintang Utara Secondary School
     * Putrajaya 1 Primary School
     * Putrajaya 1 Secondary School
     * Sultan Alam Shah Secondary School
     * Seri Puteri Secondary School

Attendees: All foreign participants for ICT conference
Registration : On the first day of the conferences 

Read Full Post »