Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Oktober 2007

Last week tutup satu isu kat JPJS ni.. Big boss arahkan agar JPJS menggunakan sistem biometrik menggantikan sistem punch card tradisional. Dulu, masa dier kat Bhg Sekolah, diorg guna sistem biometrik gak.. guna cap jari utk punch masuk dan punch keluar pejabat. Bhg Sekolah punya siap ader maklumat pergerakan pegawai lagi.. canggih.

So, unit TMK JPJS (aku ler tu..) pun diarahkan menguruskan permohonan dan pemasangan mesin kedatangan biometrik ni. Sejak hujung bln 7, saya dan tulip mensurvey teknologi ni serta anggaran kosnya. Then, kami buat permohonan ke Pengarah BTMK utk dptkan kelulusan perolehan ni. Alhamdulillah dapat..

Tapi maslah sangkut kat kelulusan Pegawai Pengawal la.. TP Bhg Kewangan, masa unit kewangan kami tunjuk permohonan ni, dier terus tak setuju. Dia cakap, kiter kena guna sistem punch card gak. sebsb pekeliling hanya sebut ‘mengetik kad kedatangan’.. itu cakap dier la.. Then, biler aku refer hal ni pada Achik di BTMK, anak buah achik sahkan ader pekeliling utk sistem perakam waktu elektronik iaitu Surat Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2004 – Penggunaan Sistem Perakam Waktu Elektronik Di Agensi-Agensi Kerajaan.

Sebenarnya cadangan penggunaan mesin kedatangan biometrik ni disokong dan juga kurang digemari oleh pegawai dan kakitangan di JPJS ni.. ye la.. biler guna cap jari, maklumat kedatangan lebih genuine.. dan tak boleh la nak pesan cap jari kiter pada officemate.. tak seperti punch card.

So, last week, isu ni tamat. Kami menerima memo dari Bhg Kewangan mengatakan “permohonan bagi perolehan Mesin Kedatangan Biometrik tidak diluluskan oleh Pegawai Pengawal.” hehehe…

Read Full Post »

Kontrak Penyenggaran ICT Sekolah / kolej Matrk / caw bhg KPM/ JPN/ PPD/BTPN nampaknya sudah hampir sampai ke penghujung. Ia akan tamat pada awal Februari 2008 nanti. Sekarang ni, sepatutnya semua syarikat petender sudah, sedang atau akan dlm masa terdeat melaksanakan preventive maintainance kali ke4 kepada semua peralatan ICT di semua sekolah, cawangan bhg, ppd, jpn, btpn, kolej matrik atau apa jua institusi pendidikan yg terkandung di dalam kontrak tersebut. Bagi JPJS, unit TMK, setelah dinasihatkan oleh Unit Kewangan, memohon agar syarikat petender yg bertanggungjawab bg penyenggaraan di sekolah sukan bukit Jalil dan sekolah sukan bdr penawar agar menghantar invoice dan salinan borang PM selewat2nya awal Disember untuk pembayaran. Bagi SSBJ, syarikat tersebut adalah Next Sphere sdn bhd manakala bagi SSBP pula adalah Intelux ICT Sdn. bhd.

Kontrak ni pada asalnya adalah satu usaha yang amat bagus.. bertujuan untuk membantu pihak pengurusan JPN/PPD/BTPN/Kolej Matrik/ sekolah dan semua istitusi terlibat di dalam kerja-kerja penyenggaraan peralatan ICT mereka. Ini meringankan tugas pegawai terbabit terutamanya guru-guru ICT yang selama ini dihempukkan dgn tanggungjawab membaiki sendiri peralatan ict di bawah seliaannya.. ye lah.. guru2 ni mmg dah terlalu berat beban tugas mereka.. lagipun mereka bukan dilatih untuk menjadi technician komputer..

Mengikut kontrak ni, pembayaran dibuat secara komprehensif, 6 bulan sekali kepada petender mengikut jumlah komputer yang telah dibuat Preventive Maintenance. Adalah kadar bg seunit peralatn seperti mana yg telah dipersetujui dlm kontrak tu.. Ini bermakna, sebarang kerosakan yg berlaku pd komputer yg telah dibuat PM ini perlu dibaikpulih dengan tanpa tambahan kos.

Namun begitu, biler kontrak start, aku mula dgr pelbagai masalah dihadapi oleh sekolah sukan ni.. Then,start bln 3 aritu, kami penyelaras ict dan juga kawan2 lain join satu pemantauan. Memang banyak masalah yg sekolah hadapi. Of course, petender pun ader masalah mereka sendiri gak.. tp bagi aku, since diorg dah commit dgn syarat2 dan terma kontrak, diorg kena follow la walau apa juga masalah diorg. betul tak? sbb itu adalah pjanjian antara KPM dan syarikat petender yg telah dimaterai.

Last week ader meeting tentang isu2 kontrak ni lagi.. sambungan dr meeting terdahulu. Dlm meeting terdahulu, ahli meeting ader memberi banyak cadangan utk improve cadangan sedia ada. Aku juga mencadangkan utk perkenalkan sistem klinik panel ke pengerusi. Pada masa tu, idea aku tu nampak pelik.. tapi alhamdulillah, dlm meeting terdaulu cadangan ku tu juga diambil kira selain cadangan2 lain yg diutarakan. Aku takleh nak citer cadangan tu di sini sbb ia masih di peringkat perbincangan.

walau apa cara yg kiter pilih sebagai methodologi penyenggaraan ict sekolah ni, pasti akan ader pro and cons. tiada satu cara pun yg perfect. cuma, cara mana yg dpt memaksimumkan kebaikan dan meminimumkan kekurangan sahaja… Yang penting, penyenggaraan peralatan ict di semua sekolah dan institusi ini dpt dilakukan dgn baik tanpa membebankan pihak pentadbir dan guru sekolah dan kiter di KPM ni pun tak pening kepala dibuatnya.. 🙂

Read Full Post »

Berikut adalah draf dasar keselamatan ICT versi 1.0

Draf Dasar Keselamatan ICT ver 1.0

Draf ini adalah hasil mesy penyelaras keselamatan ICT di allson klana sebelum ini dan telah pun direview oleh BTMK.

Namun begitu, ia akan dibincang dan dimurnikan semula di dalam mesy penyelaras keselamatanICT KPM yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Seperti mana yg kita telah sedia maklum, BTMK memutuskan bahawa penyelaras ICT akan secara automatik dilantik sebagai penyelaras keselamatan ICT bagi bahagian / jab masing-masing.. bukan lagi mengikut perlantikan sebelum ini.

ICTSO bagi KPM adalah merupakan TP(SDKI) BTMK.

Read Full Post »

Just nak share dgn korang sumer. Pagi tadi, saya buat ujian ni di INTENGAH.

Ujian ini dianjurkan oleh Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan JPA dengan kerjasama Unit Pembangunan Bahasa, Program Komunikasi INTAN. Sekarang ni, ujian ini sedang dijalankan bagi pegawai Kumpulan Pengurusan dan Professional JPA. Kami diwajibkan untuk ambil ujian ini, arahan KPPA. Setakat ni, tak sure lagi, samada ujian ini akan dipanjangkan ke Jabatan atau Kementerian-kementerian lain atau tidak. Maybe habiskan group JPA ni dulu kot. Tapi, saya di maklumkan, terdapat pegawai di Kementerian Pengajian Tinggi yang telah pun menduduki ujian ini. Ujian ini bertujuan utk melihat sejauh mana skills bahasa inggeris di kalangan P&P. Penilaian akan dibuat dari segi penulisan, pembacaan dan komunikasi. Camana soklan-soklannyer? Camni…..

1) Writing module

 Section A : Formal letter – 30 minit : length 1 page (150 – 200 words)

Section B : Formal report – 45 minit : length 2-3 pages (400 – 600 words)

2) Reading module

Section A : Reading quickly – 3 texts – 7 questions – 15 minit

Section B : Reading carefully – 3-4 texts -10 questions – 25 minit

3) Spoken interaction module

– Interview dengan orang INTAN – basically tentang diri kita

– Telephone conversation – paired sesama candidates OR
– Discussion

Menurut kata urusetia, ujian ni akan menentukan sejauh mana kemahiran seseorang P&P dalam bahasa inggeris dan penilaian diberi mengikut band. Ujian ini akan menentukan kursus omputih apa yg diperlukan oleh seseorang P&P, samada writing ker, reading ker, ataupun dari segi conversation ker. Gitulah alkisahnyer…..

Read Full Post »

Ini aku dapat setelah meng’gali’ fail2 lama admin masa mula2 dilantik jadi penyelaras ICT BPP tahun lepas. Buat je la mana yang mampu. Kalau tak silap masa SAPURA dapat kontrak penyenggaraan di Pusat Bandar Damansara, BTMK edar ini pada penyelaras ICT

1. Membantu mengenalpasti nod-nod rangkaian yang tidak berfungsi
2. Membantu memastikan pengguna-pengguna bahagian dapat menggunakan sistem-sistem aplikasi espkb, eperolehan, sispen dan sistem aplikasi yang dibangunkan oleh btmk dengan lancar tanpa gangguan rangkaian/virus.
3. Memastikan penggunaan email dan internet berjalan lancar
4. Melaporkan kepada BTMK masalah-masalah rangkaian yang dihadapi menerusi Helpdesk BTMK atau menggunakan Borang Pelaporan Masalah
5. Membantu dalam penyebaran notis makluman sekiranya berlaku masalah rangkaian
6. Membantu di dalam pengawalan dan pembasmian virus komputer
7. Memantau penyelenggaraan dan penggunaan peralatan dan perisian komputer

Dalam pada tu terjumpa juga bidang tugas JMPJ (Jawatankuasa Maklumat Pengkomputeran Jabatan) yang dibincangkan dalam Mesyuarat Penyelaras ICT JPN (boleh dijadikan bidang tugas JPICT di bhgn/jbtn).

1. Bertanggungjawab kepada JMPK dalam semua perkara yang berkaitan dengan pelaksanaan komputer di peringkat negeri
2. Merancang, menentukan keutamaan dan menyelaras semua keperluan dan pelaksanaan program/projek pengkomputeran di peringkat negeri tertakluk kepada program/projek pengkomputeran KPM
3. Merancang, menyelaras dan memantau keperluan dan agihan peruntukan kewangan, bagi semua program/projek pengkomputeran di peringkat negeri tertakluk kepada program/projek pengkomputeran KPM
4. Merancang, menyelaras dan memantau keperluan penyenggaraan komputer
5. Memantau keperluan peralatan dan perisian untuk semua program/projek pengkomputeran
6. Menyelaras keperluan sumber manusia dan latihan bagi program/projek pengkomputeran di peringkat negeri
7. Menyelaras dan memperakukan semua permohonan dan kertas cadangan yang akan dikemukakan ke JPMK
8. Memantau dan mengemaskini sistem maklumat status pelaksanaan projek pengkomputeran di peringkat negeri
9. Mempertimbang dan memperakukan cadangan mengatasi masalah dan isu dalam program/projek pengkomputeran
10. Menyelaras keperluan lain berkaitan pelaksanaan program/projek pengkomputeran seperti perabot, alat pendingin hawa dan sebagainya
11. Menyelaras dan memperakukan semua permohonan dan kertas cadangan pelupusan peralatan ICT yang akan dikemukakan ke Jawatankuasa Teknikal Pelupusan Kementerian yang diurusetiakan oleh BTMK
12. Bekerjasama dengan urusetia JMPK dalam melaksanakan semua aktiviti pengkomputeran di JPN, PPB, PPD dan sekolah
13. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sebanyak enam (6) kali setahun

Read Full Post »

JPICT

dengar citer thn depan (2008) jpict dah tak layan permohonan runcit-runcit nie.. permohonan hanya melibatkan peruntukkan pembangunan ict dibawah rmk-9, memana yang nak pakai duit abm, jpict tak layan… cam ner nie kan..?
masuk tahun depan 2008 baru lah kita tau berapa kita dapat abm untuk tahun 2008, cam ne tu?
poning kopala den, kolej matrik nie ada 9 nak minta macam-macam nie.
perlupusan bernilai lebih 200,000.00 pon kono masuk jpict kan?

Read Full Post »

  1. Surat Pekeliling ICT Bil.1 Tahun 2007 telah dikuatkuasakan pada 20 Mac 2007 dan ianya telah diedarkan kepada semua Ketua Bahagian dan Jabatan Pelajaran Negeri. Surat Pekeliling ini juga boleh diakses dari portal KPM.
  2. Nama Jawatankuasa Maklumat Pengkomputeran Kementerian (JMPK) ditukar secara rasminya kepada Jawatankuasa Pemandu ICT Kementerian (JPICT).
  3. Jabatan/Bahagian mestilah menyediakan perancangan keseluruhan ICT masing-masing dan tidak memohon peralatan ICT secara runcit atau memecahkecilkan permohonan.
  4. Jabatan/Bahagian mestilah mengemukakan perancangan perolehan ICT bagi Tahun 2008 kepada Urusetia JPICT selewat-lewatnya bulan November 2007 untuk disemak dan diproses.
  • Ahli-ahli mesyuarat diingatkan :-
  1. Mendapatkan kelulusan daripada JPICT Kementerian bagi semua permohonan peralatan ICT.
  2. Mendapatkan kelulusan MAMPU bagi permohonan peralatan ICT yang melebihi RM200,000 dan telah diluluskan oleh JPICT Kementerian.
  3. Mengemukakan laporan perolehan ICT kepada Urusetia JPICT KPM untuk tujuan penyelarasan dan pemantauan. Urusetia akan mengemukakan laporan yang dikompil dan diselaraskan kepada JTICT MAMPU.
  4. Menyemak dan mematuhi langkah-langkah yang ditetapkan oleh Pekeliling Am Bil.6 Tahun 1999 – Pelaksanaan Perkongsian Pintar Antara Agensi-Agensi Kerajaan Dalam Bidang Teknologi Maklumat sekiranya bercadang untuk membangun/memperoleh aplikasi baru.

p/s : rasanya benda ni penting untuk semua penyelaras ICT ambik tahu. walaupun bukan kita yang masuk meeting JPICT tu…tapi ‘kita’ yang akan buat paperwork dan involve dalam perolehan peralatan ICT 🙂

Read Full Post »

Older Posts »