Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for the ‘JPA’ Category

kawan2,

kalau korang belum mohon lagi kursus training road map utk f41 dan f29, sila lah berbuat segera kerana dah tak byk kurus yg available hujung2 thn nanti.

permohonannya mudah sangat rupanya.  Pergi ke web JPS TRM tu. just masukkan no kp kiter utk login. then maklumat kita akan appear. korg leh tgk kursus ape yg available. untuk mohon, just klik ‘pilih’ pd kursus tu dan pilih siri ke berapa kursus yg kiter nak apply tu, then klik anta.

mmg mudah. so kawan2.. jom apply!

Read Full Post »

HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) SESI 2009

kepada sesiapa yang teringin nak apply Masters or PhD untuk Tahun 2009, boleh lah tengok laman web JPA. Iklan dah keluar….

http://esilav2.jpa.gov.my/

 

Read Full Post »

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Permohonan kursus di bawah Training Roadmap 2008 bagi pegawai-pegawai gunasama persekutuan telah boleh dicapai melalui portal JPA di bawah tajuk TRM GUNASAMA.
2. Sehubungan ini tuan-puan boleh melawat capaian berkenaan bagi membantu perancangan kursus yang diperlukan untuk tahun 2008. Kerjasama tuan juga dipohon untuk menghebahkan perkara ini kepada rakan-rakan diluar JPA. TQ
“The drive is to get better. You can get better no matter what” Tiger Wood
Abdul Rahim Ishak
KPP(K)PG3

Read Full Post »

kawan-kawan..jom isi soal selidik…  masuk kat laman web JPA…kat sini haa http://www.jpa.gov.my/selidik.asp

PERISYTIHARAN LATIHAN, KEMAHIRAN, PENGALAMAN DAN KEPAKARAN PROFESIONAL TMK

Satu kajian oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan MAMPU sedang dilaksanakan bagi mengoptimumkan penggunaan sumber tenaga semua pegawai Skim F Gunasama seluruh negara.

Kajian ini bertujuan mengenal pasti kepakaran, kemahiran dan pengetahuan pegawai Skim F dalam bidang-bidang yang telah ditetapkan.

Hasil kajian ini akan digunakan sebagai sumber utama perancangan dan pembangunan kompetensi pegawai berkenaan oleh Ketua Perkhidmatan (KPPA).

PPTM dan PTM Gunasama yang belum pernah mengisi borang bagi tujuan di atas seperti melalui Borang Inventori Kepakaran atau Borang Kompetensi adalah diminta berbuat demikian dengan mengisi borang kajian berkait 8 bidang ICT bagi PTM dan 5 bidang ICT bagi PPTM.

  1. Borang Kompetensi PTMSaiz: 63 KB
    Jenis: MS Excel
  2. Borang Kompetensi PPTMSaiz: 56 KB
    Jenis: MS Excel

Kerja sama tuan/puan dalam melengkap dan mengembalikan borang tersebut kepada sebelum atau pada 24 Disember 2007 adalah diwajibkan. Sila jadikan, “Borang Kompetensi PTM : Gred Hakiki / Nama tuan/puan” atau “Borang Kompetensi PPTM : Gred hakiki / Nama tuan/puan” sebagai tajuk emel tersebut.

Sekiranya tuan/puan mengalami sebarang masalah berkait perkara ini, sila hubungi:

  1. Puan Norhayati Abdullah ( 8888 2254) ;atau
  2. En.Mohd Puad Zainal Abidin ( 8888 2501) ;atau
  3. En. Hasim Zainal Abidin ( 8885 3536)

Kegagalan berbuat demikian mungkin menyebabkan peluang kerjaya tuan/puan akan terjejas.

Sekiranya tuan/puan menghadapi masalah memuat turun borang, sila hubungi .

Read Full Post »

Elaun rumah 41-44

Terrajin tengok pekeliling, terperasan pekeliling ni pulok!
PEKELILING JPA

Hm, lepas ni bolehle upgrade brg dlm rumah. Hehe..

PELAKSANAAN
3. Kadar baru Imbuhan Tetap Perumahan pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 41 hingga Gred 44 di bawah Sistem Saraan Malaysia adalah ditetapkan seperti dalam Jadual 1 berikut:

Jadual 1: Kadar Baru Imbuhan Tetap Perumahan Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 41 Hingga Gred 44

Gred Kadar Baru (RM/ Sebulan)
43 dan 44 400
41 dan 42 250

4. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini adalah tidak terpakai kepada pegawai dalam perkhidmatan Bomba, Penjara, Polis DiRaja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia.

PEMBATALAN
5. Dengan berkuatkuasanya Surat Pekeliling Perkhidmatan ini, perenggan 5.1 dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2004 adalah dibatalkan.

TARIKH KUAT KUASA
6. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2008.

Read Full Post »

KUALA LUMPUR: Civil servants can expect some good news next month when the Efficiency Level Assessment (PTK) for civil servants will be revamped.

Cuepacs president Omar Osman said the PTK would no longer be based on exams.

For civil servants from grades 1 to 16, there will be no exams; while for grades 17 to 43, their performance will be assessed from courses and seminars that they attend instead of exams.

Omar told reporters that he had received the briefing from the Public Services Department recently and the circular on it would be issued in January.

He was speaking after the Prime Minister opened Cuepacs’ 24th triennial convention here yesterday.

Omar said he was happy that almost 80% of what Cuepacs had asked for was being considered.

At the opening, he asked the Prime Minister for a 50th Merdeka gift for civil servants in the form of RM2,000 honorarium for each of the 1.2 million civil servants.

He said the civil servants were happy with their recent pay increases and accepted the Government’s decision not to pay bonuses this year.

However, Omar said that an honorarium would help civil servants to cope with rising prices, especially when the school terms begin.

“We are requesting it but we are not demanding,” he said.

Omar added that the honorarium would cost the Government RM2bil compared to giving out a bonus which would cost RM4bil.

Omar also said the retirement age for civil servants should be extended to between 58 and 60 as the present retirement age of 56 was too early.

He said civil servants were marrying later these days and their children were still in school when they retired.

** The Star 11/12/2007

Read Full Post »

Just nak share dgn korang sumer. Pagi tadi, saya buat ujian ni di INTENGAH.

Ujian ini dianjurkan oleh Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan JPA dengan kerjasama Unit Pembangunan Bahasa, Program Komunikasi INTAN. Sekarang ni, ujian ini sedang dijalankan bagi pegawai Kumpulan Pengurusan dan Professional JPA. Kami diwajibkan untuk ambil ujian ini, arahan KPPA. Setakat ni, tak sure lagi, samada ujian ini akan dipanjangkan ke Jabatan atau Kementerian-kementerian lain atau tidak. Maybe habiskan group JPA ni dulu kot. Tapi, saya di maklumkan, terdapat pegawai di Kementerian Pengajian Tinggi yang telah pun menduduki ujian ini. Ujian ini bertujuan utk melihat sejauh mana skills bahasa inggeris di kalangan P&P. Penilaian akan dibuat dari segi penulisan, pembacaan dan komunikasi. Camana soklan-soklannyer? Camni…..

1) Writing module

 Section A : Formal letter – 30 minit : length 1 page (150 – 200 words)

Section B : Formal report – 45 minit : length 2-3 pages (400 – 600 words)

2) Reading module

Section A : Reading quickly – 3 texts – 7 questions – 15 minit

Section B : Reading carefully – 3-4 texts -10 questions – 25 minit

3) Spoken interaction module

– Interview dengan orang INTAN – basically tentang diri kita

– Telephone conversation – paired sesama candidates OR
– Discussion

Menurut kata urusetia, ujian ni akan menentukan sejauh mana kemahiran seseorang P&P dalam bahasa inggeris dan penilaian diberi mengikut band. Ujian ini akan menentukan kursus omputih apa yg diperlukan oleh seseorang P&P, samada writing ker, reading ker, ataupun dari segi conversation ker. Gitulah alkisahnyer…..

Read Full Post »

Older Posts »