Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for the ‘inisiatif ict’ Category

jobsmalaysia

nak cari kerja atau nak iklankan kekosongan kerja di syarikat anda?

daftarlah di jobsmalaysia

http://www.jobsmalaysia.gov.my

JobsMalaysia pun dah ada kat facebook. boleh lah jadi peminat.

jawatan bg agensi swasta dan kerajaan boleh dipohon di sini.

tp kalau anda ingin memohon jawatan SPA, berdasarkan pengalaman, baik isi di laman web SPA je. jgn isi di jobsmalaysia. takut nnt konflik.. yg mana satu latest.. anda pun konpius.

Advertisements

Read Full Post »

PELUANG pembangun mudah alih bergelar jutawan melalui bisnes penyediaan aplikasi mampu diraih jika mereka menonjolkan bakat dalam pertandingan inovatif anjuran Celcom (Malaysia) Bhd dengan kerjasama Microsoft (Malaysia) Sdn Bhd dan Cradle Fund Sdn Bhd.

Ketua Eksekutif Celcom, Datuk Seri Shazalli Ramly, berkata pertandingan Liga Cabaran Pembangun Luar Biasa 2008 dilancarkan bagi mengiktiraf pembangun mudah alih, seterusnya memberi mereka peluang perniagaan berpotensi besar.

“Kita dapat lihat pelbagai aplikasi mampu dimanfaatkan dalam setiap hubungan bermula dari pagi hingga malam dan di sinilah potensi pendapatan melebihi RM50 juta setahun mampu difikirkan pembangun,” katanya.

Menurut Shazally, sebanyak 24 pemenang yang akan dipilih sepanjang pertandingan itu, berpeluang memperoleh perkongsian kontrak pendapatan dengan syarikat telekomunikasi itu bagi mengkomersialkan aplikasi dan perkhidmatan dibangunkan.

“Pemenang yang dipilih sepanjang tempoh pertandingan berpeluang memperoleh pakej menarik perkongsian kontrak pada nisbah 40:60 hingga maksimum 80:20,” katanya.

Pertandingan itu menyediakan ruang kepada pembangun mudah alih mengembangkan penyelesaian mudah alih yang bakal dibangunkan mereka ke pasaran lebih luas.

Hadir sama dalam pelancaran itu termasuk Pengarah Urusan Microsoft Malaysia, Yasmin Mahmood dan Ketua Eksekutif Cradle Fund, Nazrin Hassan.

Dalam pada itu, Nazrin memaklumkan Cradle Fund membantu pemenang dengan menyalurkan dana maksimum RM150,000 untuk setiap pemenang bagi memperluaskan konsep prototaip yang dibangunkan.

Kini terdapat lebih 50,000 pembangun di Malaysia yang berpeluang memasuki pertandingan ini dengan mendaftar sebelum 15 September 2008 di laman web www.celcom.com.my.

Read Full Post »

Satu memo yang saya terima semalam diikuti dengan emel.

Tuan/Puan,
Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Untuk makluman tuan/puan, BTMK dalam proses penyediaan knowledge
repository. Sehubungan dengan itu, satu mesyuarat dan sesi brainstorming akan
diadakan seperti butiran di bawah:-
Tarikh: 3 Julai 2008 (Khamis)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Bilik Ibn-Rushd
Aras 4, Blok E11, Kompleks E
62604 Putrajaya.
3. Tuan/Puan dipohon untuk mewakilkan seorang penyelaras ICT di Bahagian
masing-masing untuk menghadiri mesyuarat tersebut.
4. Sumbangan idea, pendapat dan kerjasama tuan/puan didahului dengan
ucapan terima kasih.
Sekian.

Kalau mengikut kepada memo, bahagian yg dijemput adalah BPP, BPSM, BTMK, LPM, BSSK, BPPDP, BPSPKhas, BMatrik, BPSHarian

Read Full Post »

lately saya mula menggunakan blog ni utk menyimpan dokumen utk saya edarkan kepada stakeholder JPJS… so that, diorg leh download dari blog ni jer.. tak salah kan.

ok, di bawah ni ada dua buah manual, satu manual untuk eKejohanan manakala satu lagi manual untuk aplikasi ePS yang telah disediakan oleh Bhg Teknologi Maklumat dan Komunikasi KPM. diharap manual ni dapat membantu pengguna-pengguna sistem ni.

manual pengguna eKejohanan

manual ePS

Read Full Post »

Hari ini saya baru jer siap menyampaikan satu taklimat berkenaan pembangunan dan implementasi sistem ePS iaitu ePengurusan Sukan, Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sukan semasa Mesy PTPS MSSM dan Ketua2 Unit Sukan, JPN.

Saya juga menyampaikan perancangan Jabatan untuk menubuhkan Jawatankuasa Maklumat dan Statistik Permainan khusus untuk perlaksanaan eKejohanan di Kejohanan sukan yang terlibat di dalam projek ePS.

Di sini disertakan slide persembahan tersebut untuk rujukan pihak berkenaan.

Persembahan ePS dan proposal JK Maklumat dan Statistik

Borang pencalonan JK Maklumat dan Statistik

PTPS MSSM yang belum mengisi dan menghantar borang pencalonan boleh la download borang di atas dan emelkan kpd saya borang yg telah lengkap diisi secepat mungkin. Alamat emel saya adalah seperti yang telah saya beri semasa sesi taklimat.

Read Full Post »

saya ader terima email dr puan norhayani btmk. emel itu mengatakan, mesy seperti di atas akan diadakan pada 26/12/2007 hari rabu lepas krismas nanti. bertempat di blk mesy utama, aras 6, e8. Pengerusi adalah KSU KPM.

kalau ader kengkawan yg belum anta inisitif ICT mengikut format terbaru, sila hantar segera sblm meeting ni.. sakit jiwa nnt kalau tak anta..

Ok, kiter jumpa nanti.

Read Full Post »

last 2 week, unit kami ader hantar satu memo ke btmk. memo mohon menggunakan sistem pergerakan fail yg btmk dah develop lama dulu. actually, masa bln puasa dulu aku ader tgk aplikasi tu.. very simple, develop dgn developer jer.. kalau tak salah ingatan aku, kak zana dr uapt ckp, sistem tu didevelop thn 2000 atau 2002.. dah lama dah..

so, oleh kerana bos baru aku request guna sistem tu, aku pun apply la dgn btmk. hasilnya, jum ari tu, norli adiba ckp, sistem tu dah taderk org maintain dah.. tp diorg ader develop yg lain. dier cakap, ader bhg lain yg request nak guna gak.. so, btmk nak buat beberapa penambahbaikan pd sistem tu..

so, nak tau gak, saper kengakwan yg ader apply sistem tu ek? aku rasa, better kiter sumer satu moe seragamkan guna sistem yg sama utk pergerakan fail ni kan.. senang nak maintain.. senang gak pengurusan kiter..

norli ckp, meeting akan dibuat pd 7 disember 2007. dier akan panggil sumer jab/bhg yg request sistem ni. so, kengkawan.. kalau korg lum apply lagi, apa kater pakat ramai2 apply..sempat lg join meeting tu.. 🙂

Read Full Post »

Older Posts »