Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Februari 2008

Tahniah kepada Zai dan sumer AJK PERJASA dan Urusetia Hari Keluarga PERJASA kerana penganjuran Hari Keluarga yang hebat semalam.
Tak rugi la saper yang datang semalam. Lagi tak rugi saper yg bwk balik hadiah tu. Tgk achik dan kak ain byk blk balik hadiah smlm. wah.. hebat hebat.
Semoga PERJASA maitain hebat dan makin hebat lagi di masa akan datang!

Read Full Post »

lately saya mula menggunakan blog ni utk menyimpan dokumen utk saya edarkan kepada stakeholder JPJS… so that, diorg leh download dari blog ni jer.. tak salah kan.

ok, di bawah ni ada dua buah manual, satu manual untuk eKejohanan manakala satu lagi manual untuk aplikasi ePS yang telah disediakan oleh Bhg Teknologi Maklumat dan Komunikasi KPM. diharap manual ni dapat membantu pengguna-pengguna sistem ni.

manual pengguna eKejohanan

manual ePS

Read Full Post »

Hari ini saya baru jer siap menyampaikan satu taklimat berkenaan pembangunan dan implementasi sistem ePS iaitu ePengurusan Sukan, Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sukan semasa Mesy PTPS MSSM dan Ketua2 Unit Sukan, JPN.

Saya juga menyampaikan perancangan Jabatan untuk menubuhkan Jawatankuasa Maklumat dan Statistik Permainan khusus untuk perlaksanaan eKejohanan di Kejohanan sukan yang terlibat di dalam projek ePS.

Di sini disertakan slide persembahan tersebut untuk rujukan pihak berkenaan.

Persembahan ePS dan proposal JK Maklumat dan Statistik

Borang pencalonan JK Maklumat dan Statistik

PTPS MSSM yang belum mengisi dan menghantar borang pencalonan boleh la download borang di atas dan emelkan kpd saya borang yg telah lengkap diisi secepat mungkin. Alamat emel saya adalah seperti yang telah saya beri semasa sesi taklimat.

Read Full Post »

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Permohonan kursus di bawah Training Roadmap 2008 bagi pegawai-pegawai gunasama persekutuan telah boleh dicapai melalui portal JPA di bawah tajuk TRM GUNASAMA.
2. Sehubungan ini tuan-puan boleh melawat capaian berkenaan bagi membantu perancangan kursus yang diperlukan untuk tahun 2008. Kerjasama tuan juga dipohon untuk menghebahkan perkara ini kepada rakan-rakan diluar JPA. TQ
“The drive is to get better. You can get better no matter what” Tiger Wood
Abdul Rahim Ishak
KPP(K)PG3

Read Full Post »

Borang Kompetensi Online

Borang Kompetensi Online

Isi le pada sesapa yang belum hantar lagi.. Just in case..

Read Full Post »

Anda sekalian bolehlah mendaftar untuk menghadiri HARI KELUARGA PERJASA 2008 di sini Marilah kita sama-sama memeriahkan HARI KELUARGA PERJASA. Antara acara yang akan diadakan adalah Senamrobik dan Sukaneka serta Cabutan Bertuah. Selain itu yang lebih penting anda dapat berkenalan dengan PTM daripada bahagian/jabatan/kementerian lain!!.

Read Full Post »

HARI KELUARGA PERJASA 2008

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Juruanalisa Sistem Sektor Awam (PERJASA) akan mengadakan Hari Keluarga PERJASA 2008. Aktiviti ini merupakan usaha persatuan bagi membina dan merapatkan lagi hubungan sosial antara ahli-ahli PERJASA dan keluarga Pegawai-pegawai Teknologi Maklumat sektor awam Malaysia. Antara aktiviti yang dirancang adalah acara senamrobik serta sukaneka yang melibatkan keluarga ahli dan pegawai.

 

3.         Maklumat Hari Keluarga PERJASA adalah sebagaimana berikut :

 

            Tarikh              :           23 Februari 2007

Masa               :           8.00 pagi – 1.00 petang

Tempat            :           Pusat Rekreasi Air, Taman Wetland, Putrajaya

Penyertaan      :           PERCUMA dan terbuka kepada ahli PERJASA dan Pegawai Teknologi Maklumat seluruh kementerian/jabatan kerajaan.

 

4.                  Sehubungan itu, PERJASA dengan sukacitanya menjemput semua Pegawai Teknologi Maklumat di jabatan tuan untuk menghadiri hari keluarga tersebut

 

5.                  Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh dikemukakan kepada :

 

a)      Siti Nor Asidah Binti Juri

Tel             :           03 – 8995 7537 

Faks          :           03-89436042

Email         :           sitinor@mmea.gov.my

 

b)      Bustamin bin Ahmad

Tel             :           03 – 8885 3548

Email         :           bustamin@jpa.gov.my

 

c)       Siti Zaileha binti A. Salam

Tel             :           03 – 8884 3754

Email         :           zaileha@btmk.moe.gov.my

 

6.                  Bersama-sama ini juga disertakan Borang Penyertaan dan hendaklah sampai kepada urusetia selewat-lewatnya 15 Februari  2008 (Isnin).

BORANG PENYERTAAN HARI KELUARGA

Read Full Post »

Older Posts »