Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for the ‘sekolah sukan’ Category

Kontrak Penyenggaran ICT Sekolah / kolej Matrk / caw bhg KPM/ JPN/ PPD/BTPN nampaknya sudah hampir sampai ke penghujung. Ia akan tamat pada awal Februari 2008 nanti. Sekarang ni, sepatutnya semua syarikat petender sudah, sedang atau akan dlm masa terdeat melaksanakan preventive maintainance kali ke4 kepada semua peralatan ICT di semua sekolah, cawangan bhg, ppd, jpn, btpn, kolej matrik atau apa jua institusi pendidikan yg terkandung di dalam kontrak tersebut. Bagi JPJS, unit TMK, setelah dinasihatkan oleh Unit Kewangan, memohon agar syarikat petender yg bertanggungjawab bg penyenggaraan di sekolah sukan bukit Jalil dan sekolah sukan bdr penawar agar menghantar invoice dan salinan borang PM selewat2nya awal Disember untuk pembayaran. Bagi SSBJ, syarikat tersebut adalah Next Sphere sdn bhd manakala bagi SSBP pula adalah Intelux ICT Sdn. bhd.

Kontrak ni pada asalnya adalah satu usaha yang amat bagus.. bertujuan untuk membantu pihak pengurusan JPN/PPD/BTPN/Kolej Matrik/ sekolah dan semua istitusi terlibat di dalam kerja-kerja penyenggaraan peralatan ICT mereka. Ini meringankan tugas pegawai terbabit terutamanya guru-guru ICT yang selama ini dihempukkan dgn tanggungjawab membaiki sendiri peralatan ict di bawah seliaannya.. ye lah.. guru2 ni mmg dah terlalu berat beban tugas mereka.. lagipun mereka bukan dilatih untuk menjadi technician komputer..

Mengikut kontrak ni, pembayaran dibuat secara komprehensif, 6 bulan sekali kepada petender mengikut jumlah komputer yang telah dibuat Preventive Maintenance. Adalah kadar bg seunit peralatn seperti mana yg telah dipersetujui dlm kontrak tu.. Ini bermakna, sebarang kerosakan yg berlaku pd komputer yg telah dibuat PM ini perlu dibaikpulih dengan tanpa tambahan kos.

Namun begitu, biler kontrak start, aku mula dgr pelbagai masalah dihadapi oleh sekolah sukan ni.. Then,start bln 3 aritu, kami penyelaras ict dan juga kawan2 lain join satu pemantauan. Memang banyak masalah yg sekolah hadapi. Of course, petender pun ader masalah mereka sendiri gak.. tp bagi aku, since diorg dah commit dgn syarat2 dan terma kontrak, diorg kena follow la walau apa juga masalah diorg. betul tak? sbb itu adalah pjanjian antara KPM dan syarikat petender yg telah dimaterai.

Last week ader meeting tentang isu2 kontrak ni lagi.. sambungan dr meeting terdahulu. Dlm meeting terdahulu, ahli meeting ader memberi banyak cadangan utk improve cadangan sedia ada. Aku juga mencadangkan utk perkenalkan sistem klinik panel ke pengerusi. Pada masa tu, idea aku tu nampak pelik.. tapi alhamdulillah, dlm meeting terdaulu cadangan ku tu juga diambil kira selain cadangan2 lain yg diutarakan. Aku takleh nak citer cadangan tu di sini sbb ia masih di peringkat perbincangan.

walau apa cara yg kiter pilih sebagai methodologi penyenggaraan ict sekolah ni, pasti akan ader pro and cons. tiada satu cara pun yg perfect. cuma, cara mana yg dpt memaksimumkan kebaikan dan meminimumkan kekurangan sahaja… Yang penting, penyenggaraan peralatan ict di semua sekolah dan institusi ini dpt dilakukan dgn baik tanpa membebankan pihak pentadbir dan guru sekolah dan kiter di KPM ni pun tak pening kepala dibuatnya.. 🙂

Advertisements

Read Full Post »