Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for the ‘pekeliling’ Category

Elaun rumah 41-44

Terrajin tengok pekeliling, terperasan pekeliling ni pulok!
PEKELILING JPA

Hm, lepas ni bolehle upgrade brg dlm rumah. Hehe..

PELAKSANAAN
3. Kadar baru Imbuhan Tetap Perumahan pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 41 hingga Gred 44 di bawah Sistem Saraan Malaysia adalah ditetapkan seperti dalam Jadual 1 berikut:

Jadual 1: Kadar Baru Imbuhan Tetap Perumahan Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 41 Hingga Gred 44

Gred Kadar Baru (RM/ Sebulan)
43 dan 44 400
41 dan 42 250

4. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini adalah tidak terpakai kepada pegawai dalam perkhidmatan Bomba, Penjara, Polis DiRaja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia.

PEMBATALAN
5. Dengan berkuatkuasanya Surat Pekeliling Perkhidmatan ini, perenggan 5.1 dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2004 adalah dibatalkan.

TARIKH KUAT KUASA
6. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2008.

Advertisements

Read Full Post »

Ingat nak sharekan kat sini pekeliling Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TPA) yang saya dapat dari website Kementerian Kewangan. Tapi tak boleh la, besar sangat saiz fail tu. So saya kasi link dia je la ye. Untuk rujukan tatacara pelupusan, sila rujuk mukasurat m/s 36 – 80.


http://www.treasury.gov.my/index.php?ch=34&pg=119&ac=1704&keyword=bil

Read Full Post »

  1. Surat Pekeliling ICT Bil.1 Tahun 2007 telah dikuatkuasakan pada 20 Mac 2007 dan ianya telah diedarkan kepada semua Ketua Bahagian dan Jabatan Pelajaran Negeri. Surat Pekeliling ini juga boleh diakses dari portal KPM.
  2. Nama Jawatankuasa Maklumat Pengkomputeran Kementerian (JMPK) ditukar secara rasminya kepada Jawatankuasa Pemandu ICT Kementerian (JPICT).
  3. Jabatan/Bahagian mestilah menyediakan perancangan keseluruhan ICT masing-masing dan tidak memohon peralatan ICT secara runcit atau memecahkecilkan permohonan.
  4. Jabatan/Bahagian mestilah mengemukakan perancangan perolehan ICT bagi Tahun 2008 kepada Urusetia JPICT selewat-lewatnya bulan November 2007 untuk disemak dan diproses.
  • Ahli-ahli mesyuarat diingatkan :-
  1. Mendapatkan kelulusan daripada JPICT Kementerian bagi semua permohonan peralatan ICT.
  2. Mendapatkan kelulusan MAMPU bagi permohonan peralatan ICT yang melebihi RM200,000 dan telah diluluskan oleh JPICT Kementerian.
  3. Mengemukakan laporan perolehan ICT kepada Urusetia JPICT KPM untuk tujuan penyelarasan dan pemantauan. Urusetia akan mengemukakan laporan yang dikompil dan diselaraskan kepada JTICT MAMPU.
  4. Menyemak dan mematuhi langkah-langkah yang ditetapkan oleh Pekeliling Am Bil.6 Tahun 1999 – Pelaksanaan Perkongsian Pintar Antara Agensi-Agensi Kerajaan Dalam Bidang Teknologi Maklumat sekiranya bercadang untuk membangun/memperoleh aplikasi baru.

p/s : rasanya benda ni penting untuk semua penyelaras ICT ambik tahu. walaupun bukan kita yang masuk meeting JPICT tu…tapi ‘kita’ yang akan buat paperwork dan involve dalam perolehan peralatan ICT 🙂

Read Full Post »