Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for the ‘perolehan ICT’ Category

orang2 opis kater, mana2 duit os35000 utk pbelian harta modal tu yg lum kuar L.O baik keluarkan L.O cepat. takut nnt peruntukan tu kena tarik balik selaras dgn tindakan sgt bijak pak lah berkongsi beban kenaikan harga minyak dgn rakyat..

Read Full Post »

delivery hujung thn

aku nak share kesah delivery pembelian peralatan ict di jab aku kepada kawan2…

untuk perolehan thn ni, Jabatan kami ader membuat pesanan beberapa unit scanner jenama HP dari sykt kontrak bermasa iaitu allegiance.  hm.. nampaknya sampai ke hari ni masih belum diterima. payment pun terpaksa hold la.. Allegince siap bg surat dr HP lagi bgtau kelewatan mereka hantar brg2 ni ke msia..

korg ader beli scanner dr allegiance tak? mcmna?dah terima ke belum?

then, ader gak 2 printer laserjet oki yg kami beli yg ader problem kabel. satu tu kable yg dier anta bukan ikut standard pin elektrik malaysia. ntah utk negara mana ntah. lepas tu, kable usb dan kad warranti pun taderk. satu lg printer lak, langsung tak der satu pun kable letrik mahupun kable usb.. so, tpaksa la tunggu org oki dtg bwk kable.

notebook dell pun ader satu unit yg OS bermaslah. then, satu lg printer colour laserjet.. drum rosak.  hm…

Read Full Post »

Perolehan ICT

Semua agensi di bawah KPM dikehendaki mengemukakan cadangan projek ICT kepada Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) yang diurus setiakan di Bahagian teknologi Maklumat & Komunikasi (BTMK) bagi mendapatkan kelulusan teknikal sebelum dilaksanakan.

Bidang Rujukan JPICT:

i. Menetapkan arah tuju dan strategi untuk pelaksanaan ICT Kementerian;

ii. Merancang dan menyelaras pelaksanaan program/ projek-projek ICT Kementerian dan agensi-agensi di bawahnya supaya selaras dengan Pelan Strategik ICT Kementerian;

iii. Menyelaras dan menyeragamkan pelaksanaan ICT antara Kementerian dan agensi-agensi di bawahnya dengan Pelan Strategik ICT Sektor Awam;

iv. Mempromosi dan menggalakkan perkongsian pintar projek ICT antara Kementerian dan semua agensi di bawahnya;

v. Merancang dan menentukan langkah-langkah keselamatan ICT;

vi. Mengikuti dan memantau perkembangan program ICT Kementerian dan agensi-agensi di bawahnya, serta memahami keperluan, masalah dan isu-isu yang dihadapi dalam pelaksanaan ICT;

vii. Meluluskan semua perolehan ICT Kementerian dan agensi-agensi di bawahnya;

viii. Menyelaras dan mengemukakan kertas cadangan perolehan ICT bagi Kementerian dan agensi-agensi di bawahnya kepada Urus Setia JTICT untuk kelulusan teknikal;

ix. Mengemukakan laporan projek ICT yang diluluskan di peringkat JPICT Kementerian dan dibuat perolehan kepada Urus Setia JTICT; dan

x. Mengemukakan laporan kemajuan projek ICT bagi Kementerian dan agensi-agensi di bawahnya yang telah diluluskan oleh JTICT kepada Urus Setia JTICT.

Perolehan yang melebihi amaun RM 200,000.00 dan telah diluluskan oleh JPICT KPM perlulah mendapatkan kelulusan Jawatankuasa ICT (JPICT) MAMPU.

Agensi hendaklah menghantar Status Pelaksanaan Projek ICT (Post Implementation Report – PIR) setiap enam (6) bulan sehingga projek siap bagi semua ICT yang diluluskan oleh JPICT.

 

Cadangan Tarikh Mesyuarat JPICT Bagi Tahun 2008

1* Bil. 1/2008 – 5 Jan 2008 (Sel)
2* Bil 2/2008 – 1 Mac 2008 (Sel)
3* Bil. 3/2008 – 3 Mei 2008 (Sel)
4* Bil. 4/2008 – 5 Jul 2008 (Sel)
5* Bil. 5/2008 – 6 Sep 2008 (Sel)
6* Bil. 6/2008 – 1 Nov 2008 (Sel)

 Catatan :

* Tertakluk kepada perubahan.

Semua kertas permohonan hendaklah sampai kepada urus setia JPICT sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum Mesyuarat JPICT untuk pertimbangan.

Pekeliling / Garis Panduan :

• Surat Pekeliling ICT Bil. 1 Tahun 2007

• Pekeliling Am Bil. 2 Tahun 2006

Terkini

Permohonan agensi di bawah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) perlulah dirujuk dan mendapat kelulusan teknikal daripada JPICT JPN yang diurus setiakan di Unit ICT, JPN. JPICT JPN dibenarkan untuk menimbang dan meluluskan perolehan ICT yang tidak melebihi RM 50,000.00. Bagi amaun yang lebih besar, JPICT JPN perlulah menyelaras dan memperaku permohonan sebelum di panjangkan ke JPICT KPM untuk kelulusan. Arahan ini berkuatkuasa 1 Januari 2008.

Maklumat Lanjut :

Pengarah

Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi,

Aras 3 Dan 4, Blok E11, Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya,

62604 Putrajaya

Tel : 603-8884 3513 / 3577 / 3679

Faks : 603-8884 3576

Email : urusetia_JPICT@btmk.moe.gov.my

 

Read Full Post »

JPICT

dengar citer thn depan (2008) jpict dah tak layan permohonan runcit-runcit nie.. permohonan hanya melibatkan peruntukkan pembangunan ict dibawah rmk-9, memana yang nak pakai duit abm, jpict tak layan… cam ner nie kan..?
masuk tahun depan 2008 baru lah kita tau berapa kita dapat abm untuk tahun 2008, cam ne tu?
poning kopala den, kolej matrik nie ada 9 nak minta macam-macam nie.
perlupusan bernilai lebih 200,000.00 pon kono masuk jpict kan?

Read Full Post »

  1. Surat Pekeliling ICT Bil.1 Tahun 2007 telah dikuatkuasakan pada 20 Mac 2007 dan ianya telah diedarkan kepada semua Ketua Bahagian dan Jabatan Pelajaran Negeri. Surat Pekeliling ini juga boleh diakses dari portal KPM.
  2. Nama Jawatankuasa Maklumat Pengkomputeran Kementerian (JMPK) ditukar secara rasminya kepada Jawatankuasa Pemandu ICT Kementerian (JPICT).
  3. Jabatan/Bahagian mestilah menyediakan perancangan keseluruhan ICT masing-masing dan tidak memohon peralatan ICT secara runcit atau memecahkecilkan permohonan.
  4. Jabatan/Bahagian mestilah mengemukakan perancangan perolehan ICT bagi Tahun 2008 kepada Urusetia JPICT selewat-lewatnya bulan November 2007 untuk disemak dan diproses.
  • Ahli-ahli mesyuarat diingatkan :-
  1. Mendapatkan kelulusan daripada JPICT Kementerian bagi semua permohonan peralatan ICT.
  2. Mendapatkan kelulusan MAMPU bagi permohonan peralatan ICT yang melebihi RM200,000 dan telah diluluskan oleh JPICT Kementerian.
  3. Mengemukakan laporan perolehan ICT kepada Urusetia JPICT KPM untuk tujuan penyelarasan dan pemantauan. Urusetia akan mengemukakan laporan yang dikompil dan diselaraskan kepada JTICT MAMPU.
  4. Menyemak dan mematuhi langkah-langkah yang ditetapkan oleh Pekeliling Am Bil.6 Tahun 1999 – Pelaksanaan Perkongsian Pintar Antara Agensi-Agensi Kerajaan Dalam Bidang Teknologi Maklumat sekiranya bercadang untuk membangun/memperoleh aplikasi baru.

p/s : rasanya benda ni penting untuk semua penyelaras ICT ambik tahu. walaupun bukan kita yang masuk meeting JPICT tu…tapi ‘kita’ yang akan buat paperwork dan involve dalam perolehan peralatan ICT 🙂

Read Full Post »

last week, jabatan kami dihantui satu kekeliruan..

mengikut kontrak bermasa, spesifikasi bg semua pc dan notebook telah pun termasuk ‘pre-installed microsoft office with license’. hm.. setakat yg aku paham, maknanya biler beli pc kt kontrak ni, dah sekali dgn beli lesen microsoft office yang telah siap diinstall la kan..

so, kami pun hampir2 nak keluarkan L.O utk pc sahaja.. tak masukkan la microsoft office, sbb ingat dah pakej sekali tu kan.. tapi biler contact company, iaitu allegiance sdn bhd, dier kata kena juga beli lesen microsoft office utk stp pc dan nbook.. walaupun dlm spec kata lain.. kami pun musykil, then tanya org btmk.. kak min kater mmg kena beli gak tapi kak min pun tak berapa sure..

oleh kerana company minta gak, kami pun masukkan la microsoft office dlm L.O… rm72 utk sekolah, rm223 utk jabatan…

tp baru2 ni bila aku tanya pada pn nurzaidah btmk, dier kater sepatutnya utk sekolah tak yah beli lesen. kalau beli utk jabatan jer baru kena beli lesen.. pulak..? aku ckp kat dier, masalahnya, btmk jer ckp mcm tu.. company tetap nak kiter beli gak…

so, kitorg confuse sgt…kenapa still kena beli gak lesen utk jabatan sedangkan kat spec kontrak, spec pc tu kater dah ader ‘pre-installed microsoft office with license’.. tak de pulak ckp ‘pre-installed microsoft office.. if for school, included with license, otherwise license sold separately’…

dan satu lagi, harap btmk bgtau betul2 sykt tentang hal ni… susah kalau ader 2 mazhab ni..

Read Full Post »

Kontrak Bermasa Peralatan ICT Sarawak

Ni yang ada dalam cakera keras aku. Heh. Kesian JPN Sarawak nak buat perolehan tapi Unit Kewangan tak terima surat dlm bentuk downloaded. Walaupun dah zaman online paperless tapi dari segi authentication masih jadi isu. Macamana yerk nak buat dokumen2 kita (especially KPM agency) boleh di IT kan dgn lebih efisien? Ni memo antara bahagian pun nak kena surat2.. ih3x..

OK yg ni sarawak nyer yer cik anie, yang lain sila rujuk sini

Read Full Post »

Older Posts »